Friday, 30 September 2011

Pelanjutan Tarikh

Assalamualaikum wbt tuan/puan yang dihormati,

Atas beberapa kekangan yang dihadapi, tarikh akhir bagi melihat paparan calon-calon berjaya mendapat tawaran bersyarat biasiswa TPM adalah dilanjutkan sehingga 9 Oktober 2011. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.

Tuesday, 20 September 2011

SENARAI PENERIMA BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA ( TPM )

Berikut adalah senarai nama yang telah ditawarkan "TAWARAN BERSYARAT BIASISWA DI BAWAH SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2011/2012' MENGIKUT FAKULTI.

Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sehingga 30 september 2011

"SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS"







Ralat** Di bawah adalah fakulti seni lukis dan seni reka (FSSR) Harap Maklum

Friday, 16 September 2011

Bahagian Pengurusan Peperiksaan Staf UiTM

1) Menyelaras dan menguruskan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk staf pentadbiran UiTM.
2) Menyelaras dan menguruskan  peperiksaan Perkhidmatan.
3) Menyelaras dan menguruskan peperiksaan Kenaikan Pangkat  Secara Lantikan (KPSL) bagi jawatan- 
jawatan yang berkaitan. 
4) Menyelaras dan menguruskan program  induksi staf UiTM


Bahagian Pengurusan Latihan Staf UiTM

1) Menganalisa keperluan latihan staf pentadbiran universiti.
2) Menguruskan permohonan latihan profesional staf pentadbiran UiTM.
3) Menguruskan permohonan latihan individu staf UiTM.
4) Menguruskan permohonan latihan secara berkumpulan anjuran PTJ dan JPbSM.
5) Urusetia JKLPS (P)

Thursday, 15 September 2011

BAHAGIAN BIASISWA

• Menguruskan Tawaran Biasiswa Staf dan Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM.
• Menguruskan Pelaksanaan Skim Cuti Sabatikal UiTM.
• Menguruskan permohonan staf di bawah skim kemudahan Cuti Belajar Tanpa Biasiswa (Bergaji Penuh/
  Separuh Gaji/ Tanpa Gaji) Staf UiTM.
• Menguruskan Permohonan Staf yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan
• Penyebaran maklumat-maklumat biasiswa tajaan agensi luar di dalam/ luar negara untuk staf UiTM.

Tuesday, 13 September 2011

Pengenalan

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM) adalah sebahagian daripada Pejabat Pendaftar yang berperanan sebagai sebuah Jabatan yang mengendalikan program pembangunan sumber manusia yang bersepadu untuk perkembangan dan peningkatan kerjaya staf serta kecemerlangan Universiti.