Perhatian!!
Kepada penerima tawaran Skim Biasiswa TPM tahun 2011/2012 yang telah memulakan pengajian / dalam pengajian.
Tuan/Puan diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan tawaran yang telah LENGKAP mengikut senarai semak yang telah dinyatakan dalam buku panduan biasiswa. Selewat-lewatnya pada 01 November 2011.
Dokumen berkenaan adalah bagi urusan penajaan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kelewatan penghantaran dokumen akan mempengaruhi tempoh penajaan pengajian.
Sekian, harap maklum.
Tuesday, 25 October 2011
Monday, 24 October 2011
IELTS
untuk maklumat lanjut tentang peperiksaan IELTS sila klik link di bawah
- malaysia-exams-ielts-how-to-apply-for-ielts -
- malaysia-exams-ielts-how-to-apply-for-ielts -
"Jangan mencaci sesama kita"
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
Wednesday, 12 October 2011
Saturday, 8 October 2011
Friday, 7 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)